MARI KITA LIHAT..APAKAH YANG DIKATAKAN DENGAN MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.....
Emmer et.all
(dlm.
Levin & Nolan, 2004)
Tingkah
laku boleh ditakrifkan sebagai disruptif apabila ia mengganggu pengajaran guru
serta pembelajaran beberapa orang murid untuk satu jangka masa tertentu.
Shrigley
(dlm.
Levin & Nolan, 2004)
Apa
jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru atau yang bersifat tidak
selamat dari segi psikologi mahupun fizikal boleh ditakrifkan sebagai tingkah
laku disruptif.
Choong
Lean Keow
(2009)
Mentakrifkan
masalah disiplin sebagai tingkah laku
yang mempunyai ciri-ciri berikut:
i.
Mengganggu pengajaran
guru.
ii. Mengganggu hak murid-murid untuk belajar.
iii. Menimbulkan rasa kurang selamat
murid
dari segi psikologi dan fizikal.
iv. Merosakkan harta.
JENIS MASALAH DISIPLIN
TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH
vTingkah laku seseorang merangkumi
semua perlakuan seseorang sama ada baik ataupun yang tidak memuaskan (termasuk
pertuturan, perhubungan dengan individu
lain, pengurusan emosinya, daya tahan, kerajinan, tanggungjawab yang
menunjukkan perlakuan seseorang).
vTingkah laku bermasalah pula
merujuk kepada perlakuan yang tidak mengikut norma-norma yang diterima oleh
sesebuah masyarakat/ melanggar peraturan / undang-undang/ etika/ kepercayaan
agama sesuatu masyarakat.
GURU PERLU SEDAR BAHAWA.....
qBukan
semua murid menimbulkan masalah disiplin
dalam bilik darjah.
qGuru
juga perlu ingat bahawa bukan semua masalah disiplin berpunca daripada murid.
qGuru
dan sekolah berperanan penting dalam mewujudkan suasana yang harmoni di dalam
bilik darjah, agar p&p
dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesa.
qGuru
hendaklah mengambil tindakan
segera/serta-merta bagi memastikan perbuatan murid yang berkenaan tidak
mengganggu hak dan keselamatan murid-murid lain untuk belajar.
No comments:
Post a Comment