Objektif permainan ini dilaksanakan adalah untuk:
- Membina semangat kerjasama dan mengeratkan ukhwah sesama murid.
- Menggalakkan murid untuk peka terhadap arahan guru.
- Meransang murid untuk merancang strategi yang berkesan.
Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Guru boleh mengambil masa 5 hingga 8 minit untuk aktiviti SANA SINI ARNAB.
Cara pelaksanaan:
- Murid membentuk kumpulan kecil seramai bertiga-tiga.
- Dua murid memegang peranan sebagai rumah dan seorang sebagai arnab.
- Apabila guru menyebut "ARNAB", murid yang menjadi arnab perlu keluar dan mencari rumah lain.
- Apabila guru menyebut " RUMAH", murid yang menjadi rumah perlu menangkap arnab lain.
- Apabila guru menyebut "TUKAR", semua murid perlu mencari kumpulan yang baru untuk membentuk rumah dan arnab.
- Setiap rumah hanya boleh ada seekor arnab sahaja.
- Guru boleh menyertai permainan ini iaitu sebagai peranan "MUSANG".
- Jika musang berjaya masuk ke dalam rumah, arnab yang tiada rumah akan terkeluar.
- Setiap murid berpeluang untuk bermain peranan sebagai rumah dan arnab.
- Murid perlu peka terhadap arahan guru dan bertindak segera.
![]() |
Dua orang murid berpegangan tangan membentuk rumah. |
![]() |
Arnab yang comel. |
![]() |
"hey... arnab mari masuk di rumah kami" |
# COMEL KAN PERMAINAN INI..SELAMAT MENCUBA!!
No comments:
Post a Comment