TRAFFIC LIGHT RULES merupakan salah satu cara yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk mengawal tingkah laku murid di dalam kelas.
Guru memperkenalkan TRAFFIC LIGHT RULES apabila murid mula-mula datang ke kelas supaya peraturan ini dapat menjadi rutin yang sihat di dalam bilik darjah.
Seperti mana lampu isyarat di jalan raya, guru menggunakan kadbod berwarna MERAH, KUNING dan HIJAU. Setiap warna tersebut mempunyai peraturannya tersendiri iaitu:
MERAH = MURID SENYAP DAN DUDUK DI TEMPAT SENDIRI
KUNING = PANDANG KE ARAH GURU
HIJAU = MELAKUKAN AKTIVITI
Cara Pelaksanaan:
- Murid sudah memahami maksud setiap warna kadbod.
- Apabila warna tertentu diangkat oleh guru, murid perlu mematuhi warna tersebut.
- Jika ada murid yang melanggar peraturan, murid tersebut akan dikenakan saman.
- Saman berupa tugasan tambahan seperti membuang sampah, padam papan putih, bantu guru mengangkat barang.
- Peraturan ini akan mengurangkan tindakan guru untuk mengulang/ menyebut perkara yang sama apabila masuk ke bilik darjah.
SELAMAT MENCUBA!!
No comments:
Post a Comment