Wednesday, March 20, 2013

KELAS 3 : FAMILY TREE





Aktiviti ini sangat menarik untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Guru bersama-sama murid membina satu  Family Tree di dalam kelas. Di pokok tersebut dilekatkan nama dan gambar murid. Murid pasti berasa diri mereka dihargai dan disayangi oleh guru. 






Guru yang kreatif dapat menggunakan Family Tree ini dalam mengawal disiplin dan tingkah laku murid di dalam bilik darjah.

Cara Pelaksanaan:

  1. Gambar dan nama semua murid dilekatkan pada Family Tree.
  2. Jika terdapat murid yang melakukan kesalahan yang berat di dalam kelas seperti bergaduh, mengejek rakan, mencuri dan lain-lain ; gambar murid tersebut akan dikeluarkan daripada Family Tree.
  3. Kesannya, murid yang melakukan kesalahan akan berasa sedih kerana gambarnya tiada pada Family Tree lagi.
  4. Untuk menebus kesalahan, murid perlu membuat lafaz aku janji di hadapan bilik darjah.
  5. Selepas murid membuat lafaz aku janji, gambar murid akan dilekatkan semula pada Family Tree.
  6. Cara sebegini dapat memberi pengajaran kepada murid lain supaya tidak melakukan masalah disiplin yang boleh menganggu keharmonian di dalam bilik darjah.

Contoh Lafaz Aku Janji:

SAYA (nama murid) BERJANJI TIDAK AKAN MENGULANGI KESILAPAN SAYA IAITU (nyatakan kesalahan) DI KEMUDIAN HARI. MAAFKAN KESALAHAN SAYA.



SELAMAT MENCUBA CIKGU-CIKGU SEMUA!!

KELAS 2 : TRAFFIC LIGHT RULES






TRAFFIC LIGHT RULES merupakan salah satu cara yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk mengawal tingkah laku murid di dalam kelas.

Guru memperkenalkan TRAFFIC LIGHT RULES apabila murid mula-mula datang ke kelas supaya peraturan ini dapat menjadi rutin yang sihat di dalam bilik darjah.





Seperti mana lampu isyarat di jalan raya, guru menggunakan kadbod berwarna MERAH, KUNING dan HIJAU. Setiap warna tersebut mempunyai peraturannya tersendiri iaitu:



MERAH = MURID SENYAP DAN DUDUK DI TEMPAT SENDIRI



KUNING = PANDANG KE ARAH GURU



HIJAU = MELAKUKAN AKTIVITI


Cara Pelaksanaan:
  1. Murid sudah memahami maksud setiap warna kadbod.
  2. Apabila warna tertentu diangkat oleh guru, murid perlu mematuhi warna tersebut.
  3. Jika ada murid yang melanggar peraturan, murid tersebut akan dikenakan saman.
  4. Saman berupa tugasan tambahan seperti membuang sampah, padam papan putih, bantu guru mengangkat barang.
  5. Peraturan ini akan mengurangkan tindakan guru untuk mengulang/ menyebut perkara yang sama apabila masuk ke bilik darjah.


SELAMAT MENCUBA!!


KELAS 1 : SUDUT CAKNA MINDA





SUDUT CAKNA MINDA dibina untuk menggalakkan murid meneroka sendiri menggunakan alatan pembelajaran yang disediakan oleh guru.

Sudut ini dilengkapi oleh:


  1. Permainan Bahasa seperti SHAHIBA, WORD SEARCH, RODA SUKU KATA.
  2. Buku yang menarik seperti POP-UP BOOK, KOMIK, MAJALAH.
  3. Alat permainan seperti LORI, SET DOKTOR, LORI, ANAK PATUNG.
  4. Peralatan lain seperti BANTAL-BANTAL YANG EMPUK, PERMAIDANI


Terdapat beberapa syarat yang dikenakan untuk masuk ke SUDUT CAKNA MINDA:
  1. Murid perlu mengumpul sebanyak lima stiker.
  2. Stiker diperolehi apabila murid menunjukkan tingkah laku positif di dalam bilik darjah seperti menyiapkan tugasan yang diberi, membantu guru membersihkan kelas.
  3. Stiker dilekatkan di atas kad. Kad tersebut bertindak sebagai tiket untuk masuk ke Sudut Cakna Minda.
  4. Apabila sudah cukup lima stiker, murid boleh berada di dalam sudut tersebut dalam tempoh masa tertentu.
  5. Apabila stiker sudah digunakan, murid perlu mengumpul semula stiker untuk masuk ke sudut itu lagi.

Rasional SUDUT CAKNA MINDA:
  1. Menggalakkan murid menunjukkan tingkah laku positif di dalam kelas.
  2. Menggalakkan persaingan yang sihat antara pelajar untuk melakukan perkara yang baik.
  3. Melatih murid-murid untuk bertanggjawab atas perbuatan sendiri.
  4. Murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik wajar diberi ganjaran yang setimpal.
  5. Menggalakkan murid meneroka sendiri.

STIKER UNTUK MURID





AKTIVITI 4 : THE WHEEL ON THE BUS






Nyanyian dengan kanak-kanak memang tidak boleh dipisahkan. Berdasarkan kecergasan muzik mengikut Gardner, pendidikan muzik perlu digalakkan untuk membantu kanak-kanak mencapai tahap perkembangan secara seimbang dan menyeluruh.


Objektif permainan ini adalah untuk:

  1. Perkembangkan bahasa murid-murid.
  2. Murid dapat melakukan pergerakan mengikut lirik lagu.
  3. Murid membuat pelbagai pergerakan yang menarik seperti tangan ke kiri ke kanan.
  4. Murid menyanyi dan bergembira.



Cara Pelaksanaan:
  1. Murid berbaris panjang seperti bas.
  2. Seorang murid menjadi pemandu bas dan murid lain sebagai penumpang.
  3. Murid menyanyi mengikut lagu sambil membuat pergerakan.
  4. Guru boleh mengubahsuai lirik mengikut kreativiti dan kesesuaian.

MARI MENYANYI


AKTIVITI 3 : SANA SINI ARNAB




Objektif permainan ini dilaksanakan adalah untuk:

  1. Membina semangat kerjasama dan mengeratkan ukhwah sesama murid.
  2. Menggalakkan murid untuk peka terhadap arahan guru.
  3. Meransang murid untuk merancang strategi yang berkesan.



Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Guru boleh mengambil masa 5 hingga 8 minit untuk aktiviti SANA SINI ARNAB.

Cara pelaksanaan:
  1. Murid membentuk kumpulan kecil seramai bertiga-tiga.
  2. Dua murid memegang peranan sebagai rumah dan seorang sebagai arnab.
  3. Apabila guru menyebut "ARNAB", murid yang menjadi arnab perlu keluar dan mencari rumah lain.
  4. Apabila guru menyebut " RUMAH", murid yang menjadi rumah perlu menangkap arnab lain.
  5. Apabila guru menyebut "TUKAR", semua murid perlu mencari kumpulan yang baru untuk membentuk rumah dan arnab.
  6. Setiap rumah hanya boleh ada seekor arnab sahaja.
  7. Guru boleh menyertai permainan ini iaitu sebagai peranan "MUSANG".
  8. Jika musang berjaya masuk ke dalam rumah, arnab yang tiada rumah akan terkeluar.
  9. Setiap murid berpeluang untuk bermain peranan sebagai rumah dan arnab.
  10. Murid perlu peka terhadap arahan guru dan bertindak segera.

Dua orang murid berpegangan tangan membentuk rumah.

 Arnab yang comel.


"hey... arnab mari masuk di rumah kami"

# COMEL KAN PERMAINAN INI..SELAMAT MENCUBA!!

AKTIVITI 2 : BATO ..BATO-BATO ..BATO TOY!!





Objektif permainan ini dilaksanakan adalah untuk:

  1. Menarik minat dan perhatian murid terhadap setiap arahan guru.
  2. Pergerakan yang dilakukan membantu murid untuk bertindak dengan cergas.
  3. Menyeronokkan kerana murid-murid perlu peka dengan arahan guru.

Apabila guru sebut perkataan "BATO..BATO-BATO..BATO TOY", murid perlu membuat pergerakan berikut:

  • BATO               = BENGKOKKAN BADAN DAN PEGANG LUTUT
  • BATO-BATO    = BADAN LURUS DAN PEGANG PERUT
  • BATO TOY       = BADAN MELENTIK KE BELAKANG DAN ANGKAT KEDUA  BELAH TANGAN KE ATAS


" BATO "




    " BATO-BATO "




" BATO TOY "



Cara Pelaksanaan:
  1. Guru menyebut perkataan "BATO..BATO-BATO..BATO TOY"
  2. Murid membuat perlakuan.
  3. Semakin lama permainan ini semakin laju. Guru boleh mempercepatkan atau memperlahankan permainan untuk menguji murid-murid.
  4. Jika terdapat murid yang tersilap membuat pergerakan, murid tersebut terkeluar daripada permainan ini.
  5. Permainan diteruskan sehinggalah murid terakhir.
  6. Permainan ini melatih murid untuk peka terhadap arahan dan pergerakan yang dilakukan.


SELAMAT MENCUBA!!!! 

AKTIVITI 1 : TAP..TAP..TAP...





Aktiviti ini merupakan aktiviti mudah yang boleh dilaksanakan di dalam kelas. Guru dapat menarik perhatian murid dengan hanya menggunakan kedua belah tangan. 


Aktiviti TAP..TAP..TAP yang boleh dijalankan di dalam bilik darjah, untuk menarik perhatian murid, serta mengawal kebisingan dan pergaduhan kecil dalam kalangan murid. 




Cara pelaksanaan:
  1. Guru berdiri di hadapan kelas
  2. Guru menepuk tangan mengikut rentak  "TAP..TAP     TAP..TAP..TAP"
  3. Kemudian guru akan menyebut "MURID KU SAYANG"
  4. Secara spontan, murid pasti akan tertarik dengan perbuatan guru dan murid akan mengikut perbuatan guru.
  5. Murid akan menepuk mengikut rentak  "TAP..TAP     TAP..TAP..TAP" sehingga bunyi tepukan sama.
  6. Murid akan menepuk sambil menyebut "HEBAT"
  7. Ulang tepukan sehingga murid berada dalam keadaan terkawal




GURU    : TAP..TAP   TAP..TAP..TAP (perbuatan tepuk), MURIDKU SAYANG??

MURID  : TAP..TAP   TAP..TAP..TAP (perbuatan tepuk), HEBAT!!







MASALAH DISPLIN DAN TINGKAH LAKU





MARI KITA LIHAT..APAKAH YANG DIKATAKAN DENGAN MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.....




Emmer  et.all (dlm. Levin & Nolan, 2004)
 Tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai disruptif apabila ia mengganggu pengajaran guru serta pembelajaran beberapa orang murid untuk satu jangka masa tertentu.

Shrigley (dlm. Levin & Nolan, 2004) 
  Apa jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru atau yang bersifat tidak selamat dari segi psikologi mahupun fizikal boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku disruptif.

Choong Lean Keow (2009) 
   Mentakrifkan masalah disiplin  sebagai tingkah laku yang mempunyai ciri-ciri berikut:
  i.   Mengganggu pengajaran guru.
  ii. Mengganggu hak murid-murid untuk belajar.
  iii. Menimbulkan rasa kurang selamat murid 
         dari segi psikologi dan fizikal.
   iv.  Merosakkan harta.




JENIS MASALAH DISIPLIN

*Melawan
*Memukul
*Mencederakan
*Mengedar dadah/gambar lucah
*Mengambil dadah/menghidu gam
*Merosak harta benda (vandalisme)
*Mencuri
*Mengugut rakan/guru
*Menggunakan perkataan lucah
*Ponteng kelas/ sekolah
*Mengganggu pelaksanaan p & p
*Kekemasan diri


TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH

vTingkah laku seseorang merangkumi semua perlakuan seseorang sama ada baik ataupun yang tidak memuaskan (termasuk pertuturan,  perhubungan dengan individu lain, pengurusan emosinya, daya tahan, kerajinan, tanggungjawab yang menunjukkan perlakuan seseorang).

vTingkah laku bermasalah pula merujuk kepada perlakuan yang tidak mengikut norma-norma yang diterima oleh sesebuah masyarakat/ melanggar peraturan / undang-undang/ etika/ kepercayaan agama sesuatu masyarakat.

GURU PERLU SEDAR BAHAWA.....

qBukan semua murid  menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah.
qGuru juga perlu ingat bahawa bukan semua masalah disiplin berpunca daripada murid.
qGuru dan sekolah berperanan penting dalam mewujudkan suasana yang harmoni di dalam bilik darjah, agar p&p dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesa.
qGuru hendaklah  mengambil tindakan segera/serta-merta bagi memastikan perbuatan murid yang berkenaan tidak mengganggu hak dan keselamatan murid-murid lain untuk belajar.




GARIS PANDUAN PENGGUNAAN BILIK DARJAH






CIKGU-CIKGU SEMUA..MARI KITA LIHAT PANDUAN PENGGUNAAN BILIK DARJAH YANG BAIK .....





Susunan bilik darjah yang membenarkan guru memantau dengan mudah dan cepat
·         ·        Peluang kontak mata antara guru dengan murid


     Kedudukan guru berhampiran dengan murid
·         Peluang kepada guru berinteraksi dengan murid-muridnya

      Pemandangan murid mesti jelas dan tidak terhalang
·         Murid mesti dapat melihat persembahan guru dengan mudah tanpa mengalih kerusi atau berdiri.

Ruang trafik yang selesa
·         Pergerakan keluar masuk di dalam bilik darjah yang sesuai, murid-murid bergerak untuk mengambil bahan pembelajaran di sudut pembelajaran kelas mereka dan semasa aktiviti kumpulan dengan baik

Akses mudah kepada sumber bahan pembelajaran
·         Memudahkan murid mengambil bahan pembelajaran dan menggunakannya.
·         Memberikan peluang kepada guru untuk mengajar murid cara menyimpan bahan dengan   tersusun bagi memupuk sikap bertanggungjawab ke atasa bahan pembelajaran dalam bilik darjah

 Ruang pada dinding
·         Ruang maklumat kelas iaitu jadual waktu kelas, jadual bertugas, peraturan bilik darjah, carta organisasi serta senarai nama murid di kelas tersebut
·         Ruang untuk menampal hasil kerja murid, maklumat tentang aktiviti kelas, tarikh hari jadi atau gambar murid-murid di dalam kelas tersebut.

      Beri perhatian kepada pencahayaan, pengudaraan dan perabot
·         Guru memastikan alat elektrik berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab di sekolah untuk pembaikan sekirannya alatan tersebut rosak
·         Kerusi dan meja mesti mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat.