Apakah Pengurusan Bilik Darjah????
Pengenalan:
- Pengurusan bilik darjah berkesan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
- Guru menguruskan bilik darjah berkesan dengan membina hubungan baik antara murid dan guru.
- Mengawasi perjalanan rutin bilik darjah supaya berjalan dengan lancar.
- Guru mengenalpasti punca utama kepada masalah masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat :
PENGURUSAN
= perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yg dipilih oleh penduduk mukim atau kampung;
BILK DARJAH
= meliputi seluruhnya, meratai: pandangannya ~ ruang bilik darjah itu;
Konsep:
Alberto & Troutman (1986)
=> Kemahiran guru menguruskan masa, sumber, ruang pembelajaran, peranan dan tingkahlaku murid dalam menyediakan satu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.
Lemlech (1988)
=> Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran.
=>Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.
Richards (1990)
=> Mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan
Hall (2000)
=> Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.
=> Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.
=> Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.
Bilik darjah yang cantik :)
No comments:
Post a Comment