Sunday, February 24, 2013

TEORI KEPERLUAN HIERARKI ABRAHAM MASLOW










  • Seorang guru perlu sentiasa peka kepada keperluan murid.
  • Menurut Abraham Maslow, keperluan manusia boleh dibahagikan kepada dua iaitu keperluan fisiologi dan keperluan psikologi.

  • Keperluan fisiologi = Keperluan makanan, rehat, udara, pembuangan kotoran dan kejantinaan.
  • Keperluan psikologi = Keperluan untuk keselamatan, kasih sayang, penghargaan, kesempurnaan diri, keinginan untuk pengetahuan dan estetik.

Manusia akan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluannya .. fikir-fikirkan~ 

JOM REHAT SEBENTAR ^_^



SEMANGAT..SEMANGAT..SEMANGAT




MATLAMAT PENGURUSAN BILIK DARJAH BERKESAN


# Fokus terhadap matlamat yang ingin dicapai #




  • Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
  • Membentuk suasana pembelajaran yang positif 
  • Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-murid dan murid-murid
  • Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran yang optimum
  • Meningkatkan penglibatan murid dalam P&P
  • Mengurangkan masalah disiplin
  • Pengurusan rutin yang berkesan
  • Murid belajar mengawal dan mnguruskan diri sendiri

GURU BIJAK URUSKAN BILIK DARJAH








GURU BIJAK ADALAH GURU YANG MAHIR DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH


Apakah Pengurusan Bilik Darjah????


 Pengenalan:


  • Pengurusan bilik darjah berkesan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
  • Guru menguruskan bilik darjah berkesan dengan membina hubungan baik antara murid dan guru.
  • Mengawasi perjalanan rutin bilik darjah supaya berjalan dengan lancar.
  • Guru mengenalpasti punca utama kepada masalah masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat :

PENGURUSAN
 = perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yg dipilih oleh penduduk mukim atau kampung;

BILK DARJAH
=  meliputi seluruhnya, meratai: pandangannya ~ ruang bilik darjah itu;

Konsep:


Alberto & Troutman (1986)
=> Kemahiran guru menguruskan masa, sumber, ruang pembelajaran, peranan dan tingkahlaku murid dalam menyediakan satu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.



Lemlech (1988)
=> Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di  bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran.
=>Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.


Richards (1990) 
=> Mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan


Hall (2000)
=> Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.
=> Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.
=> Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.





Bilik darjah yang cantik :)












-NASIHAT USTAZ IDRUS-



Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali

  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.



Semoga ianya berguna dan dapat diamalkan oleh murid-murid.

ASALAMUALAIKUM....PERNAH RASA TAK PERASAAN NE...?


BEST KAN JADI CIKGU ? ^_^



KEMULIAN SEORANG GURU DI SANJUNG TINGGI DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT. :)

DOA BELAJAR ^_^



Mari sama-sama kita amalkan... moga Allah SWT sentiasa memberkati kita... InsyaAllah... ^_^

DIMULAKAN DENGAN.......











 BLOG INI DIBINA ADALAH UNTUK MEMENUHI KEHENDAK TUGASAN EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DI SAMPING MENYEDIAKAN SUMBER MAKLUMAT MENGENAI SUBJEK INI. MOGA SEGALA ILMU INI BERGUNA SEPANJANG HAYAT...

"ILMU PERLU DIKONGSI KERANA ILMU YANG DICARI DIDUNIA ADALAH UNTUK BEKALAN DI AKHIRAT" 



MARI KENAL CIKGU-CKGU H.O.T.T ^^,
*high order thinking teachers



HAFIFAH BINTI ABDUL KHALID
SELAYANG, SELANGOR
21 TAHUN ^___^





NUR IZATTUL NIZA BINTI MOHAMED AZMI 
KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN.
21 TAHUN ^__^




NURIATI BINTI SABU
SANDAKAN, SABAH
21 TAHUN ^__^



KAMI SUKA JADI CIKGU :)